Wednesday, 10 April 2013

Jabatan Belia Dan Sukan Negara


Pn. Hjh. Hatipah Binti Ibrahim
Jabatan Belia Dan Sukan


Kementerian Belia Dan Sukan telah di tubuhkan pada 3 Mei 1964 dan dikenali dengan nama Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan. berikutan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan pada 20 Mei 1987, fungsi kebudayaan telah diletakkan di bawah kementerian berkenaan.

Pada tahun 2000 Jabatan Belia Dan Sukan Negara telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah, tiga orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan dan Pembangunan Rakan Muda. Manakala bahagian pengurusan & perkhidmatan sokongan diketuai oleh seorang pengarah dan diikuti oleh 15 orang pengarah di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dan 116 Pejabat Belia dan Sukan Daerah.



MISI & VISI JABATAN BELIA DAN SUKAN

        Misi
Membina belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, kemahiran, keusahawanan dan kesukarelaan.
Memupuk semangat patrotisme, perpaduan dan nilai-nilai murni melalui gaya hidup berkualiti
Membentuk generasi muda berwawasan
Menjana budaya sukan melalui penyertaan ramai ke arah masyarat aktif, cergas dan bersatu.

       Visi
Belia Berdaya Maju, Bersatu-padu, Mengamalkan Nilai-nilai Murni dan Masyarakat Berbudaya Sukan Menjelang 2020.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS)



Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia Dan Sukan Malaysia


Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

    Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.

  
   Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.



VISI & MISI KBS

       
       Visi
Peneraju dalam mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang terbilang dan masyarakat berbudaya sukan menjelang tahun 2015.

        Misi
Membina bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatupadu melalui program pembangunan belia dan sukan yang strategik.


Majlis Belia Malaysia (MBM)


Tuan  Maliki Mohamed Rapiee
Majlis Belia Malaysia


Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950 apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

   MBM juga turut diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang, kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.

"Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak"



TUAN AHMAD YUSUP BIN CHE RUS
Pengarah APBM Batu Gajah,Perak


Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah melancarkan penubuhan Institut Usahawan Belia (IUB) di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor pada 23 Mac 1979 dan pada tahun 1986 IUB telah dipindahkan ke Jalan Sturrock Ipoh dengan menyewa sebuah bangunan milik kerajaan Negeri Perak dan dikenali sebagai Institut Bina Usahawan (IBU). Pada tahun 1993 semua pusat latihan belia di bawah KBS telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Institut Keusahawan Belia Negara (IKBN).


  Pada tahun 1996 tapak Institut Keusahawanan Belia Negara (IKBN), Ipoh telah diambil alih kerajaan negeri untuk projek pembangunan negeri. Oleh itu IKBN Ipoh telah diarah oleh KBS supaya berpindah ke Kompleks Belia dan Sukan negeri Perak. Pada awal tahun 2000 IKBN Ipoh telah ditukar nama kepada Institut Keusahawanan Belia (INSKEB).


 Dalam usaha mencapai matlamat wawasan Negara. KBS telah mencadangkan pembinaan sebuah kompleks di satu kawasan seluas 237 ekar di atas lot 30804, 51433 dan 57625, Mukim Belanja di Daerah Kinta, Perak. Projek yang bernilai RM47 juta ini telah bermula pada 23 Julai 2003 dan dijangka siap pada 22 Julai 2005.


  INSKEB telah disusun semula dan secara rasmi telah dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) pada tahun 2006 oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Dato’ Azalina binti Dato’ Othman Said pada 17 Julai 2006. Pada Ogos 2006 APBM telah memulakan operasi di kompleks baru yanf terletak di Km. 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut, 31560 Siputeh, Perak dan dikenali sebagai Akademi Pembanguna Belia Malaysia, Batu Gajah.


VISI & MISI


VISI

Menjadi  sebuah  agensi latihan keusahawanan belia yang cemerlang berasaskan pengetahuan pengurusan perniagaan yang bersistematik demi mewujudkan  usahawan belia cemerlang,cekap,mahir berilmu,berdaya saing dan berakhlak mulia.


MISI

Untuk memberi kesedaran  kepentingan menguasai ilmu keusahawanan pada golongan belia bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi belia uahawan yang cemerlang.

"Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan"




APBM terletak di Lot No. 4624, Mukim Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan iaitu kira-kira 28 km arah selatan Port Dickson. APBM ini meliputi keluasan hampir 20 ekar (8.094 hektar atau 80,332 meter persegi).

     Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) yang diasaskan pada tahun 1993 awalnya dikenali sebagai Kem Belia Waja kerana konsep asal kemudahan yang disediakan lebih berbentuk bangunan ala tentera dan kawasan persekitaran yang sesuai dengan keadaan sebuah kem. Dalam tahun 1995 kem ini telah bertukar nama kepada Institut Kepimpinan Belia Negara (IKBN) Port Dickson. Ini adalah untuk membuka peluang latihan kepimpinan kepada belia dalam bentuk kursus-kursus yang berorientasikan kefahaman mental, spiritual dan fizikal. Ia dibina diatas sebidang tanah seluas 25 ekar dikawasan tepi pantai hutan simpan Pasir Panjang, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kos sebanyak RM4,636,467.86.


      Ia kemudian ditukar nama kepada Institut Latihan Kepimpinan Belia (ILKEB) dan telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 6 Jun 1997. Cadangan penubuhan Pusat Latihan ini telah dikemukakan oleh peserta Khemah Kerja Belia Islam Asia Pasifik kepada Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan kemudiannya merestui penubuhannya.  Selepas itu usaha-usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi memohon dan memperolehi kawasan dari Kerajaan Negeri Sembilan.

     Institut ini kemudiannya telah dinaik taraf kepada Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM). Pelancaran APBM telah dilaksanakan oleh YB. Dato’ Azalina Dato’ Haji Othman Said, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 23 Jun 2006 dengan skop dan peranannya lebih luas selaras dengan matlamat kerajaan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Fungsi APBM begitu penting ke arah memantapkan bidang kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan di kalangan belia Malaysia. Ini dapat direalisasikan melalui berbagai program pembangunan belia terutama sekali program-program kepimpinan yang dilaksanakan oleh Akademi dari semasa ke semasa. Aspirasi ini secara langsung mendukung matlamat kerajaan ke arah pengukuhan sumber manusia, pembentukan pemimpin-pemimpin pelapis serta penglibatan generasi muda selaku penggerak masyarakat dan agen pemangkin Wawasan 2020. Kini APBM Port Dickson bergerak seiring dengan peredaran masa untuk menjana pemimpin belia pada masa hadapan.


Visi & Misi APBM

         Visi
Membangun serta memperkasakan pemimpin dan tenaga kerja belia supaya  mereka memiliki jati diri yang mapan, berkesan lagi efisien dalam organisasi dan kepimpinan.
Melahirkan pemimpin dan tenaga kerja belia yang berdaya saing, bersemangat    patriotik serta berkaliber dalam memacu kemajuan masyarakat dan merealisasikan visi negara.

         Misi
Melatih kalangan belia, pemimpin belia dan tenaga kerja belia dalam bidang kepimpinan dan pengurusan, perancangan, perhubungan awam serta motivasi.
Membuat anjakan paradigma, pemikiran juga perilaku para belia, pemimpin belia dan warga kerja belia supaya lebih dinamik, proaktif dan kreatif dalam menangani cabaran kepimpinan mahupun kehidupan seharian.
Menyumbang khidmat nasihat, sokongan dan rangsangan secara menyeluruh berkaitan penglibatan masyarakat di dalam berpersatuan.
Memberi pendedahan dan bimbingan susulan kepada golongan belia, peneraju belia juga pekerja belia yang berpotensi serta berwibawa demi merangsang komitmen, dedikasi dan kesungguhan mereka dalam kegiatan kemasyarakatan mahupun pembangunan generasi muda.