TUAN AHMAD YUSUP BIN CHE RUS
Pengarah APBM Batu Gajah,Perak
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah melancarkan
penubuhan Institut Usahawan Belia (IUB) di Pusat Latihan Belia Dusun Tua,
Selangor pada 23 Mac 1979 dan pada tahun 1986 IUB telah dipindahkan ke Jalan
Sturrock Ipoh dengan menyewa sebuah bangunan milik kerajaan Negeri Perak dan
dikenali sebagai Institut Bina Usahawan (IBU). Pada tahun 1993 semua pusat
latihan belia di bawah KBS telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Institut
Keusahawan Belia Negara (IKBN).
Pada tahun 1996
tapak Institut Keusahawanan Belia Negara (IKBN), Ipoh telah diambil alih
kerajaan negeri untuk projek pembangunan negeri. Oleh itu IKBN Ipoh telah
diarah oleh KBS supaya berpindah ke Kompleks Belia dan Sukan negeri Perak. Pada
awal tahun 2000 IKBN Ipoh telah ditukar nama kepada Institut Keusahawanan Belia
(INSKEB).
Dalam usaha mencapai
matlamat wawasan Negara. KBS telah mencadangkan pembinaan sebuah kompleks di
satu kawasan seluas 237 ekar di atas lot 30804, 51433 dan 57625, Mukim Belanja
di Daerah Kinta, Perak. Projek yang bernilai RM47 juta ini telah bermula pada 23
Julai 2003 dan dijangka siap pada 22 Julai 2005.
INSKEB telah disusun
semula dan secara rasmi telah dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Belia
Malaysia (APBM) pada tahun 2006 oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB.
Dato’ Azalina binti Dato’ Othman Said pada 17 Julai 2006. Pada Ogos 2006 APBM
telah memulakan operasi di kompleks baru yanf terletak di Km. 21, Lebuhraya
Ipoh-Lumut, 31560 Siputeh, Perak dan dikenali sebagai Akademi Pembanguna Belia
Malaysia, Batu Gajah.
VISI & MISI
VISI
Menjadi sebuah agensi latihan keusahawanan belia yang
cemerlang berasaskan pengetahuan pengurusan perniagaan yang bersistematik demi
mewujudkan usahawan belia
cemerlang,cekap,mahir berilmu,berdaya saing dan berakhlak mulia.
MISI
Untuk memberi kesedaran
kepentingan menguasai ilmu keusahawanan pada golongan belia bagi
mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi belia uahawan yang
cemerlang.
No comments:
Post a Comment