Monday, 15 April 2013
Wednesday, 10 April 2013
Jabatan Belia Dan Sukan Negara
Pn. Hjh. Hatipah Binti Ibrahim
Jabatan Belia Dan Sukan
Kementerian Belia Dan Sukan telah di tubuhkan pada 3 Mei
1964 dan dikenali dengan nama Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan.
berikutan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan
pada 20 Mei 1987, fungsi kebudayaan telah diletakkan di bawah kementerian
berkenaan.
Pada tahun 2000 Jabatan Belia Dan Sukan Negara telah
ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah, tiga orang Timbalan
Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia, Pembangunan
Sukan dan Pembangunan Rakan Muda. Manakala bahagian pengurusan & perkhidmatan
sokongan diketuai oleh seorang pengarah dan diikuti oleh 15 orang pengarah di
Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dan 116 Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
MISI & VISI JABATAN BELIA DAN SUKAN
Misi
Membina belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan,
kemahiran, keusahawanan dan kesukarelaan.
Memupuk semangat patrotisme, perpaduan dan nilai-nilai murni
melalui gaya hidup berkualiti
Membentuk generasi muda berwawasan
Menjana budaya sukan melalui penyertaan ramai ke arah
masyarat aktif, cergas dan bersatu.
Visi
Belia Berdaya Maju, Bersatu-padu, Mengamalkan Nilai-nilai
Murni dan Masyarakat Berbudaya Sukan Menjelang 2020.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
Y.B. Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek
Menteri Belia Dan Sukan Malaysia
Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula
pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya
pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian
Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan
yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan
tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan.
selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian
Sukan.
Kementerian Belia
dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara
pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan
dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian
Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan
telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.
Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia
dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan,
sehingga sekarang.
Kementerian Belia
dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan
Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.
VISI & MISI KBS
Visi
Peneraju dalam mengupayakan pembangunan belia dan sukan yang
terbilang dan masyarakat berbudaya sukan menjelang tahun 2015.
Misi
Membina bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatupadu
melalui program pembangunan belia dan sukan yang strategik.
Majlis Belia Malaysia (MBM)
Tuan
Maliki Mohamed Rapiee
Majlis Belia Malaysia
Majlis Belia Malaysia (MBM) ialah sebuah Pertubuhan Bukan
Kerajaan dan bergerak sebagai badan induk yang menyelaraskan pertubuhan belia
dan pelajar di negara ini. Penubuhan rasmi MBM adalah pada 9 September 1950
apabila Perlembagaan MBM diterima dan Sdr. F.C Arulanandum telah terpilih
sebagai Presiden MBM yang pertama. MBM telah didaftarkan di bawah Akta
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
MBM juga turut
diiktiraf oleh kerajaan sebagai badan induk pertubuhan belia di peringkat
kebangsaan seperti dinyatakan di bawah seksyen 49 (1) Akta 668 dan ianya
ditubuhkan dengan tujuan untuk mengalakkan kemajuan belia yang seimbang di
semua bidang ekonomi, sosial, mental, fizikal, akhlak dan politik. Di samping
itu MBM juga bertujuan untuk memupuk perasaan kebangsaan dan semangat bekerja
dengan penuh dedikasi untuk kepentingan masyarakat serta negara dan dengan itu
melengkapkan diri mereka agar dapat hidup sebagai warga negara yang matang,
kreatif, proaktif dan bertanggungjawab.
"Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak"
TUAN AHMAD YUSUP BIN CHE RUS
Pengarah APBM Batu Gajah,Perak
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah melancarkan
penubuhan Institut Usahawan Belia (IUB) di Pusat Latihan Belia Dusun Tua,
Selangor pada 23 Mac 1979 dan pada tahun 1986 IUB telah dipindahkan ke Jalan
Sturrock Ipoh dengan menyewa sebuah bangunan milik kerajaan Negeri Perak dan
dikenali sebagai Institut Bina Usahawan (IBU). Pada tahun 1993 semua pusat
latihan belia di bawah KBS telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Institut
Keusahawan Belia Negara (IKBN).
Pada tahun 1996
tapak Institut Keusahawanan Belia Negara (IKBN), Ipoh telah diambil alih
kerajaan negeri untuk projek pembangunan negeri. Oleh itu IKBN Ipoh telah
diarah oleh KBS supaya berpindah ke Kompleks Belia dan Sukan negeri Perak. Pada
awal tahun 2000 IKBN Ipoh telah ditukar nama kepada Institut Keusahawanan Belia
(INSKEB).
Dalam usaha mencapai
matlamat wawasan Negara. KBS telah mencadangkan pembinaan sebuah kompleks di
satu kawasan seluas 237 ekar di atas lot 30804, 51433 dan 57625, Mukim Belanja
di Daerah Kinta, Perak. Projek yang bernilai RM47 juta ini telah bermula pada 23
Julai 2003 dan dijangka siap pada 22 Julai 2005.
INSKEB telah disusun
semula dan secara rasmi telah dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Belia
Malaysia (APBM) pada tahun 2006 oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB.
Dato’ Azalina binti Dato’ Othman Said pada 17 Julai 2006. Pada Ogos 2006 APBM
telah memulakan operasi di kompleks baru yanf terletak di Km. 21, Lebuhraya
Ipoh-Lumut, 31560 Siputeh, Perak dan dikenali sebagai Akademi Pembanguna Belia
Malaysia, Batu Gajah.
VISI & MISI
VISI
Menjadi sebuah agensi latihan keusahawanan belia yang
cemerlang berasaskan pengetahuan pengurusan perniagaan yang bersistematik demi
mewujudkan usahawan belia
cemerlang,cekap,mahir berilmu,berdaya saing dan berakhlak mulia.
MISI
Untuk memberi kesedaran
kepentingan menguasai ilmu keusahawanan pada golongan belia bagi
mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi belia uahawan yang
cemerlang.
"Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Negeri Sembilan"
APBM terletak di Lot No. 4624, Mukim Pasir Panjang, Port
Dickson, Negeri Sembilan iaitu kira-kira 28 km arah selatan Port Dickson. APBM
ini meliputi keluasan hampir 20 ekar (8.094 hektar atau 80,332 meter persegi).
Akademi
Pembangunan Belia Malaysia (APBM) yang diasaskan pada tahun 1993 awalnya
dikenali sebagai Kem Belia Waja kerana konsep asal kemudahan yang disediakan
lebih berbentuk bangunan ala tentera dan kawasan persekitaran yang sesuai
dengan keadaan sebuah kem. Dalam tahun 1995 kem ini telah bertukar nama kepada
Institut Kepimpinan Belia Negara (IKBN) Port Dickson. Ini adalah untuk membuka
peluang latihan kepimpinan kepada belia dalam bentuk kursus-kursus yang
berorientasikan kefahaman mental, spiritual dan fizikal. Ia dibina diatas
sebidang tanah seluas 25 ekar dikawasan tepi pantai hutan simpan Pasir Panjang,
Port Dickson, Negeri Sembilan dengan kos sebanyak RM4,636,467.86.
Ia kemudian
ditukar nama kepada Institut Latihan Kepimpinan Belia (ILKEB) dan telah
dirasmikan oleh Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri
Belia dan Sukan Malaysia pada 6 Jun 1997. Cadangan penubuhan Pusat Latihan ini
telah dikemukakan oleh peserta Khemah Kerja Belia Islam Asia Pasifik kepada
Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan kemudiannya merestui
penubuhannya. Selepas itu usaha-usaha
telah dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi memohon dan
memperolehi kawasan dari Kerajaan Negeri Sembilan.
Institut ini
kemudiannya telah dinaik taraf kepada Akademi Pembangunan Belia Malaysia
(APBM). Pelancaran APBM telah dilaksanakan oleh YB. Dato’ Azalina Dato’ Haji
Othman Said, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 23 Jun 2006 dengan skop dan
peranannya lebih luas selaras dengan matlamat kerajaan ke arah melahirkan modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Fungsi APBM begitu penting ke
arah memantapkan bidang kepimpinan, kemahiran dan keusahawanan di kalangan
belia Malaysia. Ini dapat direalisasikan melalui berbagai program pembangunan
belia terutama sekali program-program kepimpinan yang dilaksanakan oleh Akademi
dari semasa ke semasa. Aspirasi ini secara langsung mendukung matlamat kerajaan
ke arah pengukuhan sumber manusia, pembentukan pemimpin-pemimpin pelapis serta
penglibatan generasi muda selaku penggerak masyarakat dan agen pemangkin
Wawasan 2020. Kini APBM Port Dickson bergerak seiring dengan peredaran masa
untuk menjana pemimpin belia pada masa hadapan.
Visi & Misi APBM
Visi
Membangun serta memperkasakan pemimpin dan tenaga kerja
belia supaya mereka memiliki jati diri
yang mapan, berkesan lagi efisien dalam organisasi dan kepimpinan.
Melahirkan pemimpin dan tenaga kerja belia yang berdaya
saing, bersemangat patriotik serta
berkaliber dalam memacu kemajuan masyarakat dan merealisasikan visi negara.
Misi
Melatih kalangan belia, pemimpin belia dan tenaga kerja
belia dalam bidang kepimpinan dan pengurusan, perancangan, perhubungan awam
serta motivasi.
Membuat anjakan paradigma, pemikiran juga perilaku para
belia, pemimpin belia dan warga kerja belia supaya lebih dinamik, proaktif dan
kreatif dalam menangani cabaran kepimpinan mahupun kehidupan seharian.
Menyumbang khidmat nasihat, sokongan dan rangsangan secara
menyeluruh berkaitan penglibatan masyarakat di dalam berpersatuan.
Memberi pendedahan dan bimbingan susulan kepada golongan
belia, peneraju belia juga pekerja belia yang berpotensi serta berwibawa demi
merangsang komitmen, dedikasi dan kesungguhan mereka dalam kegiatan
kemasyarakatan mahupun pembangunan generasi muda.
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM)
ialah sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia
dan Sukan, yang menjalankan kajian terhadap pelbagai aspek pembangunan belia
dan kaitannya dengan perubahan yang berlaku diperingkat nasional, rantau dan
antarabangsa.
Untuk mencapai
matlamatnya, IPPBM akan melaksanakan pelbagai jenis program penyelidikan,
menganjurkan persidangan, bengkel, syarahan dan seminar; menerbitkan Jurnal dan
Monograf mengenai hasil penyelidikan serta mewujudkan program pendidikan dan
latihan. Institut ini juga akan menyediakan kemudahan penyelidikan yang
pelbagai, termasuklah sebagai sebuah pusat sumber dan data mengenai pembangunan
belia.
IPPBM telah
dilancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi
pada 15 Mei 2005 bersempena dengan Hari Belia Malaysia dan dikuatkuasakan di
bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
Pusat Belia Antarabangsa
Pusat Belia Antarabangsa ditubuhkan oleh kerajaan dan telah
disahkan oleh kabinet pada 6 Februari 1985. Kemudian, pusat tersebut telah
dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yg keempat YAB Tun Dr. Mahathir Bin
Mohammad. Pada masa itu, Menteri Belia dan Sukan ialah YAB Dato Sri Haji Mohd
Najib Bin Tuan Haji Abdul Razak yang menyandang Perdana Menteri Malaysia pada
masa sekarang. Kemudian, Pusat Belia Antarabangsa ini dibina di atas tanah
seluas 4 ekar yang terletak di Jalan Jaacob Latiff, Bandar Tun Razak Cheras,
Kuala Lumpur. Pusat Belia Antarabangsa juga, terletak bertentangan dengan
Hospital Kuala Lumpur dan sejauh 8 kilometer dari pusat bandar kuala lumpur.
Pusat Belia Antarabangsa juga berhampiran dengan beberapa pusat sukan dan
rekreasi seperti Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Pusat Akuatik Kuala Lumpur,
Komple Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Velodrome dan Tasik Permaisuri
Garden. Akhir sekali, Pusat Belia Antarabangsa berdekatan dengan sistem
pengangkutan iaitu Stesen Lrt Bandar Tun Razak Cheras, Kuala Lumpur.
Standard Operating Procedure ( O.S.P )
Kita
mungkin sudah tidak asing dengan istilah Standard Operating Procedure (SOP).
Bagi dunia kerja, Standard Operating Procedure (SOP) adalah petunjuk bagi
pegawai untuk melaksanakan pekerjaan sesuatu dengan standar yang telah
ditetapkan. Bagi akademik, Standard Operating Procedure (SOP) adalah merupakan
salah satu baru yang diberikan kepada mahasiswa untuk dipelajari. Lalu timbul
suatu pertanyaan.
Berikut
ini beberapa definisi tentang Standard Operating Procedure , iaitu:
(1)
SOP adalah serangkaian instruksi yang menggambarkan pendokumentasian dari
kegiatan yang dilakukan secara berulang pada sebuah organisasi (EPA, 2001)
(2)
SOP adalah suatu panduan yang menjelaskan secara terperinci bagaimana suatu
proses harus dilaksanakan (FEMA, 1999).
(3)
SOP adalah serangkaian instruksi yang digunakan untuk memecahkan suatu masalah
(Lingappan, 2000).
(4)
SOP adalah sebuah panduan yang dikemukakan secara jelas tentang apa yang
diharapkan dan disyaratkan dari semua majikan dalam menjalankan kegiatan
sehari-hari (“Developing standard operating procedures in Wildland Fire
Management”, 2003). Fungsi dari “standard operating procedure” adalah untuk
mendefinisikan semua konsep dan teknik yang penting serta persyaratan yang
dibutuhkan, yang ada dalam setiap kegiatan yang dituangkan ke dalam suatu
bentuk yang langsung dapat digunakan oleh majikan dalam pelaksanaan kegiatan
seharian berkerja.
Sedangkan
tujuan dari standard operating procedure adalah:
(1).
Agar mengetahui dengan jelas peranan dan fungsi tiap-tiap posisi dalam
organisasi.
(2)
Agar petugas menjaga konsistensi dan tingkah laku pekerja atau pengendali dalam
organisasi atau unit.
(3)
Melindungi organisasi dan pekerja dari malapetaka atau kegagalan bagi .
(4)
Untuk menghindari kegagalan/kesalahan, keraguan, duplikasi dan inefisiensi.
(5)
Memperjelaskan pembahagian tugas, dan tanggungjawab melalui saluran yang betul.
Pengurusan Projek
Pengurusan
projek didefinisikan sebagai suatu
rancangan yang diurus atau ditadbir yang melibatkan manusia,bahan dan
sumber kewangan bagi memikul atau bertanggungjawab melaksanakan speksifikasi
serta skop kerja dalam lingkungan kekangan masa serta kos bagi mencapai suatu
perubahan menguntungkan yang dinilai melalui kuantiti dan kualiti. Projek
adalah gabungan diantara pengurusan dan bahan-bahan. Projek wujud dengan
permulaan dan mempunyai matlamat,memerlukan bahan-bahan,pengurusan dan
berhubungkait antara satu sama lain.
INTAN ( Institut Tadbiran Awam Negara )
Institut
Tadbiran Awam Negara (INTAN) adalah sebuah pusat latihan yang terletak di bawah
Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia. Ia bermula di sebuah bangunan kecil di
Port Dickson pada bulan September 1959 yang ketika itu dikenali sebagai Pusat
Latihan Kakitangan. Pusat ini memberikan kursus kepada pegawai-pegawai
berkaitan pentadbiran tanah, pentadbiran kewangan, pengurusan pejabat dan
pentadbiran kerajaan tempatan.
Tuesday, 9 April 2013
Majis Perundingan
Pada 6/4/2013, satu Majlis Perundingan Belia Kawasan Cheras
dengan melibatkan Majlis Belia Wilayah Persekutuan telah diadakan di Kompleks
Belia dan Sukan Kampung Pandan.
Mesyuarat Exco
Pada 5/4/2013, satu mesyuarat Majlis Belia Wilayah
Persekutuan kali kedua telah diadakan di Hotel Brisdale Chow Kit Kuala Lumpur.
Tuesday, 2 April 2013
Himpunan Barisan 1 Malaysia
Himpunan Barisan Gagasan 1 Malaysia yang berlangsung di
Stadium Titiwangsa, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Himpunan ini dirasmikan
oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana
Menteri Malaysia.
Kenangan
Alhamdulillah. Berkesinambungan dari Eksplorasi Belia 2013
& Gerak Sukarelawan, kini kami telah ke lapangan untuk menabur bakti
khidmat secara PERCUMA kepada masyarakat. Belia hari ini perlu lebih memahami
erti sebenar semangat kesukarelawan dan tanggungjawab kepada diri, keluarga dan
negara. Terima kasih atas kehadiran Tuan Hamizi Bin Mat Juah Presiden MBWP dan
Puan Intan Diana SUA MBWP dan barisan kepimpinannya atas kesudian hadir memberi
suntikan semangat sukarelawan unggul.
Subscribe to:
Posts (Atom)