Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) adalah sebuah
pertubuhan sukarela, bukan kerajaan dan bergerak sebagai badan induk
menyelaraskan semua pertubuhan belia di Wilayah Persekutuan.
Langkah-langkah untuk menubuhkan sebuah Majlis Belia bagi
peringkat Wilayah Persekutuan yang sah dan berdaftar telah dirancang sejak lama
dahulu, tetapi atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka perlaksanaan
penubuhannya selalu terganggu. Kewujudan Majlis Belia Wilayah Persekutuan
(termasuk Wilayah Persekutuan Labuan) adalah penting, terutama di Kuala Lumpur
yang menjadi nadi pentadbiran negara dan sebagai pusat kegiatan belia.
Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Malaysia
yang diadakan pada bukan April 1986 telah memutuskan memberi mandat kepada Exco
MBM untuk meningkatkan dan meneruskan usaha ke arah usaha-usaha positif
mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan mereka yang berkenaan. Hasil
perbincangan tersebut, sebuah Jawatankuasa Penaja telah dibentuk dan diketuai
oleh Naib Presiden MBM dan membuat draf Perlembagaan.
Bagi memantapkan perlembagaan tersebut, satu Bengkel
Perlembagaan telah diadakan pada bulan November 1986 yang dihadiri oleh
wakil-wakil pertubuhan belia di Wilayah Persekutuan.
Manakala Mesyuarat Penubuhan Majlis Belia Wilayah
Persekutuan telah diadakan pada 14 Februari 1987 dan perasmiannya telah
disempurnakan oleh YB Dato' Abu Hasan Omar, Menteri Wilayah Persekutuan ketika
itu bertempat di tingkat 30, Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
No comments:
Post a Comment