Wednesday 6 March 2013

Serba Sedikit tentang Presiden MBWP, En. Hamizi Mat Juah








Beliau dilahirkan didalam keluarga askar pada tahun 1974 di Melaka. Ketika dibangku sekolah beliau aktif didalam bidang kokurikulum iaitu sukan dan persatuan dan pernah mewakili sekolahnya didalam acara bola sepak peringkat negeri Pahang. Beliau juga seorang pemidato ketika waktu itu dan tidak hairanlah jika mendengar kepetahannya bercakap. Selepas tamat persekolahan beliau meneruskan pengajian di Matrikulasi di UPM dan mengambil ijazah sarjana muda didalam juruteknik komputer. Beliau seorang yang sangat aktif didalam pergerakan belia sejak umur 18 tahun dibawah Persatuan Belia 4B Titiwangsa. Pada 2004 hingga 2008, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Belia 4B dan Exco pemuda bahagian UMNO kawasan Titiwangsa. Selepas mendirikan rumah tangga pada umur 26 tahun beliau yang sebelum itu menetap di Pulau Pinang berpindah ke Kuala Lumpur dan bekerja disamping aktiviti belia. Pada tahun 2010 beliau telah dilantik sebagai Exco Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan pada tahun 2013 beliau telah dilantik sebagai Presiden baru MBWP bagi tampuk kepimpinan baru 2013-2015. Sumbangan beliau sangat banyak didalam belia ini disamping beliau ingin membangunkan generasi belia ketika ini kearah belia yang positif disamping mengajak belia bersama-sama berkerjasama didalam hubungan diantara belia-belia kota. Harapan beliau kepada belia-belia supaya menguatkan ketahanan mental dan fizikal terhadap maklumat-maklumat dan isu-isu semasa tentang belia masa kini perlu ditapis dan tidak mengambilnya bulat-bulat supaya menjadi belia yang berfikir secara rasional dan critical thinking. Beliau juga berharap belia semua menyahut dan mengambil segala peluang yang ada untuk belia untuk dinikmati disamping mengamalkan nilai-nilai murni dan nilai persahabatan yang ukuh. Beliau merupakan seorang pemimpin yang berjiwa sederhana, semangat setia kawan yang tinggi, berpandangan jauh dan menerima pandangan dan teguran daripada sesiapun dan meletak dirinya sama seperti orang lain walaupun beliau seorang Presiden besar MBWP.

No comments:

Post a Comment