Monday 4 March 2013

Objektif Utama MBWP








Tujuan-tujuan utama MBWP ialah :

  • Menggalak, mengembang dan memajukan pergerakan belia melalui aktiviti-aktiviti badan rujukan dan badan induk termasuk penyelidikan, latihan, mengumpul data belia, mewakili suara belia dan mengadakan kemudahan-kemudahan dan kemajuan belia-belia di Wilayah Persekutuan.


  • Merancang dan menyelaras usaha-usaha memupuk semangat perpaduan, integrasi nasional dan kewarganegaraan.


  • Mendapat perwakilan belia dalam lembaga Majlis, jawatankuasa dan lain-lain institusi samada Kerajaan atau Swasta.


  • Mengemukakan pendapat dan perakuan kepada kerajaan, badan-badan yang lain termasuk media massa mengenai perkara-perkara berkait dengan kepentingan belia atau masyarakat.


  • Menggalakkan sokongan, penyertaan atau penglibatan semua kaum dan pihak termasuk institusi-institusi kerajaan, swasta, professional dan lain-lain bagi manfaat perkembangan pergerakan belia di Wilayah Persekutuan.


  • Mendapatkan dan mentadbirkan wang dan harta bagi mencapai tujuan-tujuan Majlis daripada agensi-agensi kerajaan, yayasan-yayasan, orang perseorangan dan sumber-sumber lain.

No comments:

Post a Comment